Wednesday 14 December 2016

Pengalaman Belajar Aplikasi Komputer

Pengalaman belajar 
Aplikasi Komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Ini merupakan artikel terakhir saya bagi semester ini..

Dan untuk artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai apa perasaan dan pengalaman saya belajar dalam kursus EPPD 1063 iaitu Aplikasi Komputer.

Saya boleh katakan saya sangat seronok dan betapa banyaknya ilmu yang saya pelajari melalui kursus ini.

Dahulunya saya belajar menggunakan Microsoft Word dan Excel hanya memasukkan angka atau menaip sahaja tetapi..

Rupa - rupanya terdapat banyak fungsi, cara - cara yang lain yang dapat digunakan dengan menggunakan aplikasi tersebut.
Penggunaan formula dalam Excel itu merupakan perkara paling baharu dan ia memang membantu saya dalam menyiapkan tugasan saya yang lain yang memerlukan khidmat aplikasi Excel ini.

Saya juga belajar mengenai Pengkalan data iaitu Access di mana dahulunya saya hanya tahu menyebutnya dan sekarang saya ada menerima sedikit input mengenainya.

Saya juga belajar bagaimana untuk menulis blog. Mencari pelbagai idea dan pada masa yang sama,ia melatih pemikiran dan skil saya dalam penulisan. Saya perlu menulis dalam bentuk yang santai tetapi masih dalam keadaan penulisan yang formal.

Saya amat menggemari tugasan Web 2.0 di mana saya bekerja dalam kumpulan. Ahli kumpulan saya sangat memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Saya belajar untuk membuat pembentangan menggunakan medium yang baharu iaitu video Powtoons. 

Ia sangat menarik dan membantu mengasah skil komunikasi dan gaya percakapan saya terhadap orang lain.

Saya sangat seronok dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada pensyarah bagi kursus saya ini iaitu :

PUAN NOOR FARIDATUL AINUN BINTI ZAINAL

tanpa beliau, saya memang tidak tahu apa2... terima kasih saya ucapkan.

In shaa allah pada masa yang akan datang, jika saya rajin, saya akan meneruskan legasi penulisan blog saya ini sehingga ke akhirnya

SEKIAN TERIMA KASIH !!

PARA HANTU

Hantu - Hantu di 
Sanggarism Haunted

Artikel yang lepas saya ada mempromosikan kepada anda semua mengenai rumah hantu di Kolej Aminuddin Baki bersempena Aminuddin Baki Carnival yang diberi nama Sanggarism Haunted.

Artikel pada kali ini ialah saya ingin menceritakan kepada anda semua mengenai apakah hantu - hantu yang wujud di dalam rumah hantu tersebut.

Mengapa saya ceritakan apakah hantu yang ada?? Nanti tiada unsur kejutan dan perasaan seram...

Sebenarnya...

Rumah hantu telah berakhir pada hari Ahad iaitu semalam tepat pada pukul 6 petang. Kepada yang tidak dapat menghadirkan diri, saya boleh katakan anda melepaskan peluang keemasan ini

Tetapi tidak mengapa..

Tahun hadapan kami bersedia untuk menghantui hidup anda..

HAHAHAHAHAHAHA



Baiklah, saya akn teruskan dengan pengenalan hantu yang saya beritahu tadi.

Hantu - hantunya ialah :


Badut, Ouija dan Pocong 


Hantu Doktor


Orang Minyak


Zombie


Syaiton nirrojim


Keranda drakula


Ini drakula nya HAHAHAHA


Valak dan peminat


Puteri (Perempuan takut jadi ganti dengan lelaki)


Pontianak

Harap anda semua tidak terkejut dengan artikel ini. Ini sekadar perkongsian sahaja...

Saya tidak menyarankan anda semua untuk tengok jika anda takut atau menghidapi penyakit yang berbahaya.

Sekian, terima kasih

WALL CLIMBING

WALL CLIMBING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Apa khabar anda semua? saya harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Saya hari ini nak berkongsi dengan anda semua mengenai wall climbing atau panjat bukit/gunung.


Wall climbing merupakan satu sukan lasak yang dipopularkan oleh penduduk barat. Ia lebih kepada penglibatan warga muda kerana memerlukan daya tahan diri yang tinggi.

Ia terdiri daripada dua jenis iaitu :

  1. Wall climbing
  2. Nature wall climbing

Wall climbing yang biasa adalah seperti gambar di atas di mana mereka menggunakan model bukit atau gunung yang kelihatan seperti bukit yang sebenar. Mereka menggunakan halangan yang boleh memudahkan pendaki untuk mendaki model bukit tersebut sehingga ke puncak. Oleh itu, ia kelihatan agak kurang mencabar tetapi masih lagi sukar

Nature Wall Climbing menggunakan bukit bukau dan gunung yang sebenar. Ia lebih mencabar kerana keadaan bukit yang tidak setara menyukarkan pendaki untuk sampai ke puncak. 

Oleh itu, Hanya pendaki yang berpengalaman dan yang mempunyai kemahiran mendaki yang tinggi sahaja dibenarkan untuk melaksanakan sukan yang lasak ini.

Tercetusnya idea saya untuk menulis artikel mengenai Wall Climbing ini kerana saya ingin berkongsi pengalaman saya mendaki menggunakan model daki itu sahaja.

Sempena Aminuddin Baki Carnival, program anjuran Kolej Aminuddin Baki, mereka telah menyediakan untuk para penghuninya untuk merasai pengalaman mendaki.

Jadi, saya mencabar diri saya untuk mendaki. Ini merupakan pengalaman pertama saya.

RUMAH HANTU

SANGGARISM HAUNTED


Ingin merasakan pengalaman bagaimana rasanya berada dalam keadaan seram?? 

Oleh itu....

Biro Kebudayaan Kolej Aminuddin Baki dengan kerjasama Kelab Sanggar Asli mengajak anda semua untuk datang ke :

Rumah Hantu "Sanggarism Haunted" 

bersempena dengan ABC (Aminuddin Baki Carnival) yang akan diadakan pada :

Hari : Jumaat hingga Ahad
Tarikh : 2 Disember 2016 sehingga 4 Disember 2016
Tempat : Dataran K4, Kolej Aminuddin Baki

Untuk rumah hantu pula..

Hari: Jumaat hingga Ahad
Tarikh : 2 Disember 2016 hingga 4 Disember 2016
Tempat : Bilik Aktiviti Pelajar, Foyer Kolej Aminuddin Baki
Waktu : Jumaat & Sabtu ( 9pm - 12 am)
              Ahad ( 2pm - 6 pm)

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!! MARILAH DATANG BERAMAI RAMAI KE SANGGARISM HAUNTED !

"YANG MATI BELUM TENTU PERGI"

PENGURUSAN MASA

PENGURUSAN MASA

 

Hai dan Assalamualaikum pembaca sekalian ! Apa khabar anda hari ini? Saya harap anda semua dalam keadaan yang sihat dan mulakan hari anda dengan doa dan senyuman yang tulus ikhlas dari hati.

Baiklah, kali ini saya ingin menceritakan sesuatu perkara yang setiap manusia akan laluinya iaitu masa. Masa adalah emas, Masa tidak mengejar kita. Itu semua frasa yang sering kita dengar dan kita sedia maklum dengan maksud frasa tersebut.

Oleh itu, pengurusan masa yang efisiean amatlah penting bagi membantu kita menyelesaikan sesuatu perkara itu mengikut masa yang telah ditetapkan. Tetapi fenomena yang berlaku sekarang ialah ramai yang telah terlupa dan lalai sehingga mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah

Akhirnya, wujudlah istilah membuang masa.

Untuk mengurus masa dengan baik, kita sendiri perlu menetapkan matlamat hidup kita pada setiap hari. Maka, tidak adalah lintang - pukang melakukan sesuatu perkara tersebut. 

Hal ini demikian kerana apabila kita telah menetapkan apa yang ingin dilakukan, secara automatiknya kita sudah bersedia lebih awal bagi memastikan perkara tersebut diselesaikan tepat pada masanya.

Terdapat tiga kategori yang perlu anda susun mengikut masa dan keutamaan. Antaranya ialah :

1. Segera dan Penting

Penting dan segera Ini adalah tugas yang wajib dilaksanakan pada masa itu juga atau pada waktu yang terdekat. Contohnya, jika hari ini seorang pensyarah meminta kita untuk menyempurnakan satu tugasan akademik dan menyerahkannya pada pagi esok. Selalunya, seseorang dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Seseorang itu mampu melaksanakan dengan baik kerana didorong oleh sifat ' segera '. Tetapi sering juga terjadi pengabaian sekiranya hidup seseorang itu tidak berdasarkan prinsip yang tepat.

2. Penting tetapi Tidak Segera

Perkara ini sangat mudah contohnya. Kita melihat dari sudut pelajar universiti. Menghantar tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan. Contohnya, bulan hadapan. Tugasan amat penting kerana ia juga membawa sebahagian daripada markah keseluruhan yang mempengaruhi gred kita. Maka, ianya boleh dikategorikan sebagai perkara yang penting tetapi bukan dengan kadar yang segera. Situasi ini menguji diri pelajar universiti bagaimana mereka melaksanakan tanggungjawab selaras dengan pengurusan masa.

3.Tidak Penting dan Segera

Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan yang segera tetapi jika diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya kurang penting. Contohnya, Kawan kita mengajak kita untuk menemainya membeli belah yang akan mengambil masa yang agak lama. Ianya terpulang kepada diri pelajar, jika masa sangat lapang dan segala tugasan telah disipkan, maka pelajar boleh menemani rakannya. Jika tidak, utamakan yang penting dahulu.

Saya rasa setakat ini sahaja dahulu. Saya akan terus mengemas kini blog saya. Jumpa anda minggu hadapan. Sekian, terima kasih

5TH UKM ASEAN ARTS FESTIVAL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ingin ucapkan kepada anda semua. Terima kasih kerana masih setia denga blog saya ini. Dan saya harus sentiasa mengemas kini blog saya ini kerana sepanjang minggu ini, saya sibuk dan berkemungkinan tidak sempat ingin berkongsi maklumat dengan anda semua.

Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DeCTAR), pada pukul 8.30 malam, 19 November 2016 telah diadakan secara besar - besaran festival budaya peringkat Asia yang diberi nama UKM ASEAN ARTS FESTIVAL kali ke 5.




Saya merupakan pelajar Citra Dikir Barat harus menghadirkan diri bagi merasai pengalaman festival yang diadakan secara besar - besaran ini. Saya akan menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di dalam dewan tersebut dan menyaksikan persembahan yang menarik.

Objektif diadakan festival ini ialah untuk kita melihat pelbagai seni dan budaya daripada pelbagai negara di mana mereka mempunyai keunikan etnik, bangsa dan budaya mereka tersendiri. Masyarakat Asia yang berkunjung ke festival ini juga dapat menyaksikan keindahan dan kehebatan budaya yang telah lama wujud di Malaysia ini.

Selain itu, Mereka juga ingin menunjukkan bahawa negara mereka telah bebas merdeka daripada jajahan mana - mana negara dan mereka mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara - negara yang lain. Ia disampaikan melalui tarian, nyanyian dan lakonan teater.

Saya dapat lihat bahawa persembahan yang dipersembahkan adalah melibatkan pelbagai negara dan ini menunjukkan bahawa semangat kesatuan dan bersepadu rakyat Asia dalam melahirkan sifat sayang terhadap budaya masing – masing.

Selain itu, festival ini dapat memupuk sifat menghormati antara satu sama lain. Kita dapat lihat dari segi aspek menghormati budaya Negara luar dan menghormati budaya Negara sendiri. Negara Malaysia kaya dengan kebudayaan dan warisan yang perlu dijaga dan diteruskan oleh generasi muda zaman sekarang.

Dalam pada itu, ia mewujudkan lagi rasa cinta dan sayang terhadap tanah air kita. Negara kita Malaysia semakin lama semakin maju dan mempunyai peluang besar bahawa warisan kita akan lupus tetapi sebenarnya ia masih lagi kukuh dan terpahat dalam jiwa rakyat Malaysia.

Gambar ini merupakan gambar persembahan pembukaan festival kebudaayaan tersebut.

Cukup sekadar ini perkongsian saya pada hari ini. Jika ada pelbagai maklumat yang menarik yang saya terbaca atau terjumpa. Saya akan kongsikan dengan anda semua.

SEKIAN, TERIMA KASIH

TEATER

PENTAS HAYATI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang di sayangi, apa khabar anda semua? saya berharap yang anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Rasanya sudah lama saya tidak mengemas kini blog saya dan hari ini, Syukur ke Hadrat Illahi kerana memberikan kesempatan untuk menulis artikel ini.

PENTAS HAYATI...

Saya ingin menceritakan kepada anda mengenai teater yang saya sedang berlakon untuk dipertandingkan pada hari sabtu ini mewakili kolej Aminuddin Baki pada 26 November 2016 bertempat di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuknya ialah PENTAS HAYATI.

SKrip ini menceritakan seorang anak luar nikah yang diberi nama Adi. Dia merupakan budak lelaki yang berumur 14 tahun tetapi mengalami masalah terencat akal yang menyebabkan cara pemikirannya hanya seperti budak berumur 5 tahun.

Dia mempunyai seorang ibu yang sangat menyayangi dirinya iaitu Mak Timah. "Suaminya" atau ayah Adi yang bernama Lokman merupakan seorang lelaki yang ganas, panas baran, dan suka  bermain judi. Ayahnya sangat tidak suka kepada Adi.

Selain itu, wujud watak Murat dan Zulaikha. Murat merupakan anak kepada Lokman dan merupakan anak tiri Mak Timah. Murat mempunyai diploma tetapi masih belum mendapat kerja. Murat sangat suka kepada Zulaikha, gadis kampung jiran sebelah Mak Timah. Sangat lemah lembut dan ayu.

Pelbagai drama yang berlaku sehingga akhirnya, tekanan hidup yang memaksa Lokman di bunuh. siapakah yang membunuhnya??

DAN PALING PENTING..

SIAPAKAH HAYATI???

Jika pembaca - pembaca ingin tahu, boleh lah hadirkan diri ke teater tersebut dan saksikan lakonan amatur kami. Izinkan saya untuk mengundur diri

Sekian, Terima Kasih
SENARAI BIASISWA UNTUK PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana memberikan saya peluang untuk terus mengemas kini blog saya ini.. Saya ingin memohon maaf sekiranya saya lewat untuk berkongsi informasi dengan anda semua....

Pada kali ini, saya akan berkongsi perkara yang memang diminati oleh para mahasiswa dan mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi tidak kisah sama ada awam atau swasta.

Saya telah menjumpai lebih kurang 67 tempat untuk para mahasiswa dan mahasiswi memohon bantuan atau biasiswa pelajaran.

Antaranya ialah :

AGENSI TEMPATAN :
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • PTPTN
  • Majlis Amanah Rakyat
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
AGENSI YAYASAN NEGERI
  • Yayasan Selangor
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • Yayasan Wilayah
  • Yayasan Perak
  • Yayasan Melaka
  • Yayasan Negeri Sembilan
  • Yayasan Pahang
  • Yayasan Sarawak
  • Yayasan Sabah
  • Yayasan Pelajaran Johor
  • Yayasan Terengganu
  • Yayasan Kelantan
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
  • Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis
  • Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Pulau Pinang
  • Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN

  • Yayasan Khazanah
  • Yayasan Telekom
  • Petronas
  • Bank Negara
  • Maybank
  • Yayasan Proton
  • Yayasan Bursa Malaysia
  • Yayasan Tenaga Nasional Berhad
  • Yayasan UEM GROUP
Saya harap ini dapat membantu sedikir sebanyak kepada para mahasiswa untuk membantu meringankan beban anda untuk menuntut ilmu.

Ingatlah, belajar lah kerana Allah, ilmu mudah diperoleh, pengetahuan akan bertambah

Sekian Terima Kasih

KELAB SANGGAR ASLI

SANGGAR ASLI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi, Saya harap anda semua dalam keadaan sihat dan ceria menghadapi hari - hari anda. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf di atas kelewatan saya mengemaskini blog saya ini dengan artikel atau informasi baharu disebabkan oleh kesibukan sebagai pelajar universiti.

Baiklah saya ingin menceritakan kepada anda semua apa itu Sanggar Asli.

Namanya unik, berbunyi klasik dan ramai yang menganggap ia mesti ada kaitan dengan kebudayaan. Saya perlu mengaku yang anda semua bijak dan pandai.

Sebenarnya Sanggar Asli merupakan kelab kebudayaan yang ditubuhkan di Kolej Aminuddin Baki. Ia  merupakan satu platform untuk penghuni KAB untuk mencungkil bakat yang terpendam dan mengasah bakat mereka dalam bidang kebudayaan.

Di Kolej Aminuddin Baki, kami ada Biro Kebudayaan di mana biro ini akan menguruskan segala - gala program yang berkaitan dengan kebudayaan. Sanggar Asli ini juga di bawah kelolaan Biro Kebudayaan

Di dalam kelab ini, kami membahagikannya kepada tiga kelab kecil mengikut bakat dalam kebudayaan, iaitu : 


  1. Seni Teater Aminuddin Baki
  2. Seni Nyanyian Aminuddin Baki
  3. Seni Tarian Aminuddin Baki
Saya ingin memberitahu bahawa saya merupakan ahli kelab Seni Teater Aminuddin Baki dan saya juga adalah Ketua Kelab tersebut. Saya telah diberikan kepercayaan oleh ahli kelab untuk menggagas tanggungjawab yang saya kira sangat berat dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang ketua yang berwibawa.

Banyak pertandingan yang kelab Sanggar Asli akan menghantar wakil dan semestinya ingin mendapat tempat di hati pelajar UKM antaranya ialah :

  1. Pertandingan Nyanyian dan Tarian Anjuran Majlis Konvokesyen
  2. FesTer (Festival Teater)
  3. ICAF (Inter College Arts Festival)
  4. Makum
Saya harap anda semua menarik membaca artikel saya ini. Saya meminta izin untuk mengundur diri. Sekian Terima Kasih

KONVOKESYEN

KONVOKESYEN


Assalamulaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang cantik - cantik dan yang kacak - kacak. Terima kasih saya ucapkan kerana setia dengan blog saya lagi.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda mengenai satu program yang sangat digemari dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di universiti iaitu MAJLIS KONVOKESYEN ~~

Rasanya semua biasa dengar perkataan ini tetapi apa sebenar yang dimaksudkan dengan konvokesyen ini? Jangan risau, saya di sini akan membantu untuk menerangkan segala - galanya.



Konvokesyen sebenarnya merupakan satu majlis penyampaian sijil atau ijazah di mana melibatkan kesemua mahasiswa dan mahasiswi yang sudah menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti tidak kisah sama ada ijazah sarjana muda, peringkat sarjana atau peringkat doktor falsafah.

Kebiasaannya, sijil akan disampaikan oleh Naib Canselor sesebuah universiti. Acara penyampaian sijil akan diselang seli kan dengan pelbagai persembahan yang menarik bagi memeriahkan lagi majlis konvokesyen sesebuah universiti itu.



Kita lihat di atas di mana mereka akan membaling topi ke udara yang menandakan hidup sebagai pelajar universiti telah tamat. Rasa sedih, gembira bercampur baur dalam diri mahasiswa dan mahasiswi.

Oleh yang demikian, saya ingin memberitahu bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen kali ke- 44 yang akan berlangsung pada 5 November 2016 sehingga 8 November 2016. Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak



Saya rasa itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jika ada terkasar bahasa sepanjang penulisan saya itu, saya mohon ampun dan maaf. 

Sekian, Terima Kasih :)