Wednesday 14 December 2016

PERBARISAN 1 MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Hari ini saya sangat teruja untuk menulis blog saya pada hari ini kerana topiknya sangat menarik ! Harapnya semua teruja untuk membaca artikel saya ini

Masih ingat atau tidak mengenai artikel di blog saya yang menceritakan tentang persediaan kami untuk pertandingan Perbarisan 1 Malaysia?
Hari yang ditunggu - tunggu telah pun tiba. 26 September merupakan hari yang paling mendebarkan dan merupakan saat penting bagi warga Kolej Aminuddin Baki untuk menunjukkan segala usaha yang dilakukan selama ini demi pertandingan tersebut.

Pada waktu petang, pukul 5, kami semua bersiap sedia dengan kostum masing - masing, dan semua ahli yang terlibat dalam perbarisan akan disolek terlebih dahulu, tidak mengambil kira lelaki atau perempuan.

Ini merupakan gambar kami semua selepas selesai disolek. Yang berkaca mata ini merupakan MEP paling aktif dan bertanggungjawab untuk perbarisan ini yang diberi nama Ahmed Hafizainol.(Sebenarnya tengok diri sendiri dah tergelak terbahak - bahak ditambah dengan perasaan malu untuk pandang orang lain)

Maka, malam tersebut kami semua bersiap sedia untuk mempersembahkan perbarisan kami walaupun banyak berlaku kesilapan teknikal seperti penari utama datang lambat( Menolong ketua perbarisan menyiapkan ahli), penari yang lain masih lagi bersiap dan sebagainya.

Saya ingin meminta maaf kerana saya ingin memuat naik video persembahan kami tetapi mengalami masalah teknikal. Jadi pembaca boleh terus ke akaun Facebook Kolej Aminuddin Baki dan lihat video kami di sana :) .

Perkara paling penting sekali ialah Kolej Aminuddin Baki telah memperoleh 2 ANUGERAHpada malam tersebut.. YEAY !!! iaitu :
  1. ANUGERAH BUSANA MENARIK
  2. TEMPAT KETIGA UNTUK PERBARISAN
Syukur Alhamdulillah kerana selama 8 tahun menunggu untuk mendapat tempat 3 terbaik dan tahun ini kami telah membuktikan Kolej Aminuddin Baki mampu bangkit dari kekalahan. 

Inilah kumpulan perbarisan saya dan semua krew yang terlibat.
KOLEJ AMINUDDIN BAKI PEFORM!!

Dengan kemenangan yang diperoleh ini, kami semua telah bermotivasi untuk menonjolkan bakat kami lagi dan cuba untuk mendapatkan TEMPAT PERTAMA dalam pertandingan yang lain pula dan menggandakan usaha kami lagi.


Gambar bersama penari Sabah dan Sarawak 



Lelaki yang bersemangat di hadapan ini merupakan kawan saya dan merupakan penari tarian India. Ada juga penari klasik Cina di situ juga.

Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jangan risau, saya akan terus menulis artikel dalam blog saya ini dan kebanyakkannya tentang pencapaian kami sebagai warga Kolej Aminuddin Baki dalam pelbagai pertandingan.

Sekian terima kasih, bye ~~ Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment