CITRA UKM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu informasi dengan anda mengenai satu perkara baru yang saya sendiri belum pernah mengetahuinya.
Hari ini saya akan bercerita mengenai CITRA.
CITRA??? Apakah itu?
CITRA saya boleh simpulkan ianya seperti kokurikulum pada zaman persekolahan cuma di Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan terma yang berbeza akan tetapi, pelaksanaannya tidak lah sama di zaman persekolahan, sistem yang digunakan adalah berbeza sama sekali.
Pelajar di universiti akan mengambil satu kursus major masing-masing seperti Farmasi, Biologi, Perakaunan dan banyak lagi. CITRA merupakan subjek atau kursus elektif yang perlu diambil oleh setiap pelajar UKM bagi melengkapkan jam kredit. Kebiasaannya, pelajar perlu melengkapkan 120 jam kredit untuk graduasi.
Daripada 120 jam kredit, 40 jam kredit telah diperuntukkan untuk CITRA. Ini bermakna pelajar perlu melengkapkan kredit CITRA tersebut untuk bergraduasi. Baki 80 jam kredit adalah untuk kursus yang diambil oleh pelajar.
JENIS CITRA
CITRA memfokuskan kepada 6 bidang atau istilah yang digunakan oleh Pusat CITRA UKM ialah Domain. Pelajar harus mendaftar keenam-enam CITRA tersebut di sepanjang tempoh pengajian di universiti.
C1 - Etika, Kewargenegaran & Ketamadunan
C2 - Bahasa, Komunikasi & Literasi
C3 - Peradaban Kuantitatif & Kualitatif
C4 - Kepimpinan, Keusahawanan & Inovasi
C5 - Sains, Teknologi dan Kelestarian
C6 - Kekeluargaan, Kesihatan dan Kehidupan
KENAPA PERLU ADA CITRA??
Saya rasa ramai yang bertanyakan soalan ini dalam diri tidak kisah sama ada pelajar, tenaga pengajar atau staf yang terlibat dalam menguruskan CITRA. Pada pendapat saya, saya rasa CITRA diperlukan dalam sistem pengajian di UKM ini. Hal ini demikian kerana seorang pelajar yang berjaya bukan sahaja diukur dengan pencapaian akademik semata - mata.
Ramai pelajar boleh mendapat keputusan yang bagus. Tetapi itu bukan bermakna mereka merupakan insan yang berjaya. Untuk membentuk seorang insan yang berjaya, mereka perlu kukuh dari segi Intelek, Rohani, Jasmani dan Emosi. Selain itu, CITRA ini dapat mengasah soft skill pelajar agar mereka ada sesuatu kelebihan dalam diri mereka yang dapat ditonjolkan selain daripada keputusan yang cemerlang.
Jika pembaca sekalian inginkan maklumat lanjut mengenai CITRA UKM, anda boleh melayari laman web ini http://www.ukm.my/citra/ .
Sekian sahaja daripada saya, Terima kasih dan Assalamualaikum. Selamat Tinggal :)
No comments:
Post a Comment