Wednesday 14 December 2016

MINGGU KEUSAHAWANAN AMINUDDIN BAKI

Minggu Keusahawanan 
Kolej Aminuddin Baki


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang disayangi... hari ini saya ingin berkongsi satu informasi dengan anda semua.

Saya selaku penghuni Kolej Aminuddin Baki ingin mengajak anda semua ke Karnival Minggu Keusahawanan KAB 2016 yang akan diadakan :

Tempat : Taman Siswa Siswi
Masa    : 4.00 pm - 11.00 pm
Tarikh   : 31/10/2016 - 3/11/2016
Hari       : Isnin - Khamis

Ada pelbagai acara menarik yang akan diadakan dan tidak lupa juga, pelbagai gerai makanan akan dibuka khas untuk anda semua terutama mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di karnival tersebut ada lebih daripada 10 gerai makanan yang pelbagai dan para pengunjung dapat memilih dan membeli segala makanan yang berkenan dan mengikut citarasa masing-masing.

Selain itu, karnival ini juga menyediakan Mini Fun Fair untuk pengunjung. Anda semua boleh bermain pelbagai permainan yang mudah dan seronok dan mendapat hadiah yang sangat istimewa. Untuk makluman semua, permainan yang dijalankan direka khas oleh penghuni Kolej Aminuddin Baki itu sendiri.

Yang menariknya lagi, jika anda membeli sebarang makanan dari mana-mana gerai, anda diberi peluang untuk menang Cabutan Bertuah berupa wang ringgit dan juga barang yang sangat istimewa. Jadi, Jangan lepaskan peluang keemasan ini :)




Sekian itu sahaja daripada saya, marilah kita memeriahkan lagi Minggu Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki 2016. Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment