Wednesday 14 December 2016

PERSEDIAAN UNTUK PERTANDINGAN PERBARISAN SATU MALAYSIA PERINGKAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM).

Assalamualaikum dan salam sejahtera !! Hari ini saya nak kongsikan kepada pembaca blog saya ini mengenai aktiviti yang berlaku di dalam UKM.

Pada 26 September 2016, bertempat di Pusat Sukan atau Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia akan diadakan Pertandingan Perbarisan Satu Malaysia peringkat universiti di mana 13 buah Kolej Kediaman perlu melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Saya merupakan penginap Kolej Aminuddin Baki dan terlibat dalam perbarisan tersebut.

Saya telah terpilih untuk menjadi orang sarawak tradisional bersama 6 rakan saya yang lain. Perbarisan ini diadakan bertujuan untuk menunjukkan semangat perpaduan kaum yang ada di Malaysia iaitu kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan juga kaum di Sabah dan Sarawak yang menjadi teras kepada Pembentukan Malaysia.


Kami menggunakan seluruh ruang yang ada di kawasan Kolej Aminuddin Baki untuk berlatih. Kami berlatih pada waktu siang...


Dan juga pada waktu malam...


Sehingga ada yang tertidur kerana keletihan....



"Selfie" ini telah diambil ketika sehari sebelum pertandingan diadakan. Mereka semua merupakan pasukan saya yang akan bertandingan pada keesokan malamnya. Muka yang ceria dan bersemangat ditunjukkan untuk membawa nama kolej dan memastikan kemenangan.

Tidak kira apa pun yang berlaku ketika pertandingan, yang penting kami akan buat yang terbaik .. Ada satu pepatah yang berbunyi "Pantang Berundur Sebelum Berjuang" !!!

Doakan kami agar dapat buat yang terbaik ... In Shaa Allah :))

No comments:

Post a Comment