DIKIR BARAT
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu budaya masyarakat Melayu yang telah lama diamalkan sejak turun temurun sehingga sekarang iaitu Dikir Barat.
Saya bermotivasi untuk menulis artikel ini disebabkan oleh saya telah mendaftar CITRA dikir barat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramai yang sudah mengetahui apa itu dikir barat. Kita dapat lihat persembahan dikir barat di majlis - majlis formal atau tidak formal seperti majlis perkahwinan, konsert budaya dan sebagainya.
Saya akan memberikan maklumat yang lebih lanjut mengenai Dikir Barat dan harapnya perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda semua untuk memahami dan menghayati budaya Masyarakat Orang Melayu.
SEJARAH DIKIR BARAT
Dikir Barat telah dipopularkan di sekitar Tanah Melayu terutamanya di negeri Kelantan. Ada juga sumber mengatakan Dikir Barat berasal dari negara Thailand.
Mengikut sumber Wikipedia, Dikir Barat merupakan satu permainan Orang Melayu yang dipersembahkan dengan melibatkan nyanyian dan tarian dalam suasana yang kompetitif. Dikir Barat dapat dipersembahkan dengan iringan muzik atau tanpa iringan muzik.
Tarian yang terlibat dalam Dikir Barat merupakan sebahagian daripada tarian Endang dan kebanyakannya hanyalah tepukan yang dilakukan secara berirama.
PENERANGAN DIKIR BARAT
Dikir barat terdiri daripada 10 hingga 15 orang dalam satu kumpulan walaupun tiada ukuran bilangan yang sebenar. Kumpulan A biasanya duduk bersila di atas platform, kadang-kadang, mereka dikelilingi oleh penonton . Jika dikir barat dilakukan secara kompetitif, kedua-dua kumpulan yang bertanding akan membuat persembahan di atas pentas pada masa yang sama.
Kumpulan dikir barat akan melakukan dua segmen. Yang pertama diketuai oleh tok juara, orang yang bertanggungjawab dalam latihan muzik kumpulan. Segmen pertama biasanya mengandungi susunan muzik yang lebih bermelodi, dan mungkin akan menampilkan awok-awok nyanyian (korus) serentak dengan tok juara, serta segmen responsorial menyanyi, sama dengan apa yang karut tukang melakukan dengan awok-awok , kemudian dalam persembahan. Walaupun dalam muzik yang lebih kompleks daripada apa yang akan mengikuti, segmen pertama dilihat sebagai "rendah utama" segmen persembahan. [5]
Pemimpin kreatif dalam dikir barat adalah tukang karut.Beliau menyanyi menggunakan isu-isu sosial dan politik semasa yang relevan untuk penonton. Keupayaannya untuk melakukan ini membantu untuk menegakkan reputasi dikir barat
Tukang Karut akan menyanyikan pantun dan nyanyian yang berbunyi sindiran kepada masyarakat tetapi dalam suatu bentuk yang kelakar dan tidak nenyakitkan hati. Awok-Awok hanya akan mengikuti kata kata tukang karut diiringi muzik yang sesuai dan juga bunga tepukan ynag menarik.
AlAT MUZIK
Kebiasaannya, Dikir Barat menggunakan 5 alat muzik iaitu Rebana (Ibu), Rebana Kecil (Anak), Gong, Canang dan Marakas.
Sekian sahaja penerangan saya mengenai Dikir Barat, Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dikir Barat, anada boleh melayari laman web https://en.wikipedia.org/wiki/Dikir_barat.
Izinkan saya mengundur diri. Sekian,Terima Kasih
No comments:
Post a Comment