PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
"Dana Pendidikan Pemangkin Pembangunan Negara"
Siapa sahaja di Malaysia ini tidak tahu mengenai PTPTN. Terutama sekali dalam kalangan pelajar universiti. Kita sudah sedia maklum yang PTPTN ni merupakan satu bentuk badan kerajaan yang membantu anak watan untuk membiayai pengajian di institut pengajian tinggi.
TETAPI...
Adakah anda semua cukup mengenali dengan lebih mendalam PTPTN ini?? Jangan risau, saya akan cuba untuk berkongi informasi mengenai PTPTN ni.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Fungi PTPTN
- Menguruskan pinjaman bagi tujuan pembiayaan pengajian di institut pengajian tinggi
- Menyediakan skim simpanan dan pemberian deposit bagi tujuan pembiayaan pengajian
VISI, MISI DAN OBJEKTIF
VISI :
Menjadi Institusi Peneraju Dalam Pengurusan Pinjaman Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020
MISI :
Mengurus Dana Dan Tabung Pendidikan Bagi Tujuan Pinjaman Pendidikan Tinggi Melalui Pengurusan Kewangan Yang Strategik Dan Inovatif
OBJEKTIF :
Memastikan Pinjaman Yang Efisien Disediakan Kepada Pelajar-Pelajar Yang Layak Mengikuti Pengajian Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Selaras Dengan Hasrat Kerajaan Bahawa Tidak Ada Pelajar-Pelajar Yang Gagal Memasuki IPT Atas Sebab-Sebab Kewangan
Jumlah pemberian pinjaman adalah tidak sama jumlahnya untuk setiap mahasiswa dan setiap mahasiswi. Ia bergantung pada kursus yang didaftarkan dan juga bergantung kepada keadaan keluarga. Keadaan keluarga yang dimaksudkan ialah :
- Jumlah Pendapatan bersih keluarga (Ibu, bapa atau adik beradik yang sudah bekerja)
- Jumlah tanggungan dalam keluarga (Yang masih kecil serta yang masih belajar
PENGECUALIAN PEMBAYARAN
Saya rasa bahagian ini ramai pelajar nantikan di mana selepas kita memohon pinjaman dan kita dikecualikan untuk membayar pinjaman pengajian ini. Adakah mustahil? Ya sebenarnya. Caranya adalah :
- Peminjam mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
- Bagi peminjam IPTS pula, ia terhad kepada peminjam yang telah mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi dari MQA
IAJAZAH KELAS PERTAMA !!! Bunyi mustahil kan untuk mendapatkannya. Saya sendiri mengaku yang benda itu agak susah untuk dicapai. Saya amat memahami perasaan mahasiswa dan mahasiwi. Tetapi jika kita ada usaha yang tinggi, In Shaa Allah kita boleh capainya. Tiada perkara yang tidak mungkin walaupun sesukar yang tidak disangka.
Artikel ini bukan untuk menerangkan mengenai cara mohon pinjaman PTPTN, cara bayar dan sebagainya. Saya rasa diri anda semua boleh mengakses maklumat itu kerana segalanya hanya ada di hujung jari kita sahaja.
Artikel ini hanya menerangkan serba sedikit apa itu PTPTN. Saya minta maaf jika ada yang salah sangka mengenai isi yang ingin saya sampaikan. Sekian sahaja daripada saya, Terima kasih dan ASSALAMUALAIKUM :)
No comments:
Post a Comment