Wednesday, 14 December 2016

PENGURUSAN MASA

PENGURUSAN MASA

 

Hai dan Assalamualaikum pembaca sekalian ! Apa khabar anda hari ini? Saya harap anda semua dalam keadaan yang sihat dan mulakan hari anda dengan doa dan senyuman yang tulus ikhlas dari hati.

Baiklah, kali ini saya ingin menceritakan sesuatu perkara yang setiap manusia akan laluinya iaitu masa. Masa adalah emas, Masa tidak mengejar kita. Itu semua frasa yang sering kita dengar dan kita sedia maklum dengan maksud frasa tersebut.

Oleh itu, pengurusan masa yang efisiean amatlah penting bagi membantu kita menyelesaikan sesuatu perkara itu mengikut masa yang telah ditetapkan. Tetapi fenomena yang berlaku sekarang ialah ramai yang telah terlupa dan lalai sehingga mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak berfaedah

Akhirnya, wujudlah istilah membuang masa.

Untuk mengurus masa dengan baik, kita sendiri perlu menetapkan matlamat hidup kita pada setiap hari. Maka, tidak adalah lintang - pukang melakukan sesuatu perkara tersebut. 

Hal ini demikian kerana apabila kita telah menetapkan apa yang ingin dilakukan, secara automatiknya kita sudah bersedia lebih awal bagi memastikan perkara tersebut diselesaikan tepat pada masanya.

Terdapat tiga kategori yang perlu anda susun mengikut masa dan keutamaan. Antaranya ialah :

1. Segera dan Penting

Penting dan segera Ini adalah tugas yang wajib dilaksanakan pada masa itu juga atau pada waktu yang terdekat. Contohnya, jika hari ini seorang pensyarah meminta kita untuk menyempurnakan satu tugasan akademik dan menyerahkannya pada pagi esok. Selalunya, seseorang dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Seseorang itu mampu melaksanakan dengan baik kerana didorong oleh sifat ' segera '. Tetapi sering juga terjadi pengabaian sekiranya hidup seseorang itu tidak berdasarkan prinsip yang tepat.

2. Penting tetapi Tidak Segera

Perkara ini sangat mudah contohnya. Kita melihat dari sudut pelajar universiti. Menghantar tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan. Contohnya, bulan hadapan. Tugasan amat penting kerana ia juga membawa sebahagian daripada markah keseluruhan yang mempengaruhi gred kita. Maka, ianya boleh dikategorikan sebagai perkara yang penting tetapi bukan dengan kadar yang segera. Situasi ini menguji diri pelajar universiti bagaimana mereka melaksanakan tanggungjawab selaras dengan pengurusan masa.

3.Tidak Penting dan Segera

Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan yang segera tetapi jika diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya kurang penting. Contohnya, Kawan kita mengajak kita untuk menemainya membeli belah yang akan mengambil masa yang agak lama. Ianya terpulang kepada diri pelajar, jika masa sangat lapang dan segala tugasan telah disipkan, maka pelajar boleh menemani rakannya. Jika tidak, utamakan yang penting dahulu.

Saya rasa setakat ini sahaja dahulu. Saya akan terus mengemas kini blog saya. Jumpa anda minggu hadapan. Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment