E - DAGANG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua .. terima kasih kerana sudi setia dengan blog saya ini. Hari ini saya telah bermotivasi dan bersemngat untuk berkongsi dengan anda mengenai E-Dagang.
Saya rasa ramai yang telah mengetahu apa itu E-Dagang tetapi belum memahaminya secara khusus. Jangan risau, hari ini saya akan terangkan semua :)
Mengikut Wikipedia, E-Dagang membawa maksud kemudahan perniagaan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan rangkaian komputer atau teknologi maklumat seperti internet dan laman sosial. E-Dagang juga melibatkan rangkaian telefon, transaksi wang secara atas talian, pemasaran internet, pemindahan data, pengurusan inventori dan lain - lain lagi.
Zaman moden sekarang memudahkan kita dalam segala - galanya. E-Dagang difokuskan untuk memudahkan para peniaga atau ahli perniagaan dalam menguruskan perniagaannya.
E-Dagang terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah :
- Beli belah atas talian yang dijual secara peruncitan terus kepada pengguna.
- Menyertai pasaran atas talian dengan menghubungkan perniagaan dengan pihak ketiga.
- Jual beli perniagaan
- Mengumpul dan menggunakan data melalui laman sosial atau aplikasi komputer.
- Memasarkan produk kepada pelanggan
- Pertukaran mata wang asing melalui atas talian.
Menceritakan saiz E-Dagang, menurut statistik yang dijalankan pada 2015, seramai 1.2 billion orang telah berjinak - jinak dengan E-Dagang tidak kisah sama ada menjadi pembeli, penjual, pengurus atau sebagainya.
Pada tahun 2013 pula, dikatakan sebanyak USD 1.2 trillion transaksi telah dijalankan melalui E-Dagang dan dijangka akan meningkat.
Saya rasa pada tahun ini iaitu tahun 2016 mungkin telah mencecah berbelas belas trillion transaksi telah dijalankan kerana pertambahan pengguna - pengguna alat elektronik dan juga teknologi yang semakin canggih yang tidak dapat dinafikan.
Semua maklumat, info, kerja hanya berada di hujung jari kita sahaja. Kalau kita lihat zaman dulu orang melakukan perniagaan, mereka bersusah payah, menitikkan peluh untuk berniaga. Pergi rumah ke rumah, membuka kedai dan sebagainya. Pada zaman sekarang, hanya melalui atas talian sahaja, barangan dapat dipasarkan dengan mudah dan tidak perlu usaha yang banyak untuk mengaut keuntungan.
Sekian sahaja perkongsian saya mengenai E-Dagang. Jika ada salah dan silap dalam penulisan saya ini, tolong maafkan saya. Saya harap saya telah berkongsi sedikit ilmu kepada anda semua walaupun hanya sedikit.
Untuk artikel saya yang seterusnya, saya akan menceritakan tentang projek atau tugasan saya yang telah diberikan oleh pensyarah kursus Aplikasi Komputer iaitu penggunaan Microsoft Word. Saya perlu menceritakan mengenai E-Dagang dengan menggunakan Word. Kita lihat bagaimana hasilnya nanti ..
Semoga bertemu lagi.... Terima kasih dan Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment