KELAB BESTARI
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang disayangi :)
Pada kali ini, saya nak bercerita mengenai satu perkara iaitu KELAB BESTARI.
Kelab apakah ini?? Bunyi macam kelab pada zaman sekolah menegah je. Daripada nama kelab ini juga rasanya macam ada kaitan dengan alam sekitar. Mungkin perkara - perkara tersebut yang bermain di minda anda semua. Saya faham.
Tetapi...
Hakikatnya, itu bukan lah jawapan yang sebenar. Menjadi tanggungjawab saya untuk menerangkan apa itu KELAB BESTARI. Semoga anda memahami sedikit sebanyak apa sebenarnya kelab ini.
PENERANGAN
Kelab Bestari merupakan satu kelab yang ditubuhkan di bawah pihak pengurusan Kolej Aminuddin Baki yang merupakan salah satu kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengasas kelab ini adalah pengetua Kolej Aminuddin Baki itu sendiri iaitu Dr. Suzuren. Kelab ini telah ditbuuhkan pada tahun 2014.
Tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan, mencungkil dan menanam sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa dan mahasiswi terutama penghuni Kolej Aminuddin Baki. Kepimpinan sudah sedia ada dalam diri seseorang tetapi ianya perlu diasah dan juga ditonjolkan agar ianya bertukar menjadi peribadi.
Kelab ini ingin melahirkan pelbagai pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang. Oleh itu, pelbagai program telah diadakan bagi melahirkan rasa kepimpinan dalam diri penghuni KAB.
Pemilihan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Pemudah Cara (PC) atau lebih dikenali dengan fasilitator juga dilakukan oleh kelab ini.
LOGO
Jika anda melihat logo, kami menggunakan serangga Lebah sebagai fokus utama dalam logo tersebut. Kami menggunakan lebah kerana lebah adalah "bee" dalam Bahasa Inggeris yang merujuk kepada "B" kepada Bestari.
Tema warna kuning merujuk kepada warna lebah. Selain itu, warna kuning juga menunjukkan kedaulatan undang - undang dalam negara. Kami mengaplikasikan dalam pengurusan kelab ini. Setiap ahli kelab harus mematuhi peraturan yang ditetapkan tidak kisah di mana - mana sama ada kolej, universiti atau di tempat kerja suatu hari nanti.
BESTRIGID menunjukkan kami ahli kelab sebagai satu pasukan yang hebat dan mampu memimpin mereka yang memerlukan agar dapat terus mencapai hajat yang dihajati.
Untuk pengetahuan anda, jika penghuni kolej berminat untuk memasuki dan menyertai kelab ini, mereka perlu menghadiri temu duga terlebih dahulu bagi memilih mahasiswa atau mahasiswi yang berperwatakan seperti seorang pemimpin akan datang.
Sekian sahaja dahulu perkongsian saya pada kali ini. Jika ada salah tutur kata atau bahasa, mohon diampunkan. Sekian Terima Kasih :)
No comments:
Post a Comment