Wednesday 14 December 2016

5TH UKM ASEAN ARTS FESTIVAL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ingin ucapkan kepada anda semua. Terima kasih kerana masih setia denga blog saya ini. Dan saya harus sentiasa mengemas kini blog saya ini kerana sepanjang minggu ini, saya sibuk dan berkemungkinan tidak sempat ingin berkongsi maklumat dengan anda semua.

Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DeCTAR), pada pukul 8.30 malam, 19 November 2016 telah diadakan secara besar - besaran festival budaya peringkat Asia yang diberi nama UKM ASEAN ARTS FESTIVAL kali ke 5.




Saya merupakan pelajar Citra Dikir Barat harus menghadirkan diri bagi merasai pengalaman festival yang diadakan secara besar - besaran ini. Saya akan menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di dalam dewan tersebut dan menyaksikan persembahan yang menarik.

Objektif diadakan festival ini ialah untuk kita melihat pelbagai seni dan budaya daripada pelbagai negara di mana mereka mempunyai keunikan etnik, bangsa dan budaya mereka tersendiri. Masyarakat Asia yang berkunjung ke festival ini juga dapat menyaksikan keindahan dan kehebatan budaya yang telah lama wujud di Malaysia ini.

Selain itu, Mereka juga ingin menunjukkan bahawa negara mereka telah bebas merdeka daripada jajahan mana - mana negara dan mereka mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara - negara yang lain. Ia disampaikan melalui tarian, nyanyian dan lakonan teater.

Saya dapat lihat bahawa persembahan yang dipersembahkan adalah melibatkan pelbagai negara dan ini menunjukkan bahawa semangat kesatuan dan bersepadu rakyat Asia dalam melahirkan sifat sayang terhadap budaya masing – masing.

Selain itu, festival ini dapat memupuk sifat menghormati antara satu sama lain. Kita dapat lihat dari segi aspek menghormati budaya Negara luar dan menghormati budaya Negara sendiri. Negara Malaysia kaya dengan kebudayaan dan warisan yang perlu dijaga dan diteruskan oleh generasi muda zaman sekarang.

Dalam pada itu, ia mewujudkan lagi rasa cinta dan sayang terhadap tanah air kita. Negara kita Malaysia semakin lama semakin maju dan mempunyai peluang besar bahawa warisan kita akan lupus tetapi sebenarnya ia masih lagi kukuh dan terpahat dalam jiwa rakyat Malaysia.

Gambar ini merupakan gambar persembahan pembukaan festival kebudaayaan tersebut.

Cukup sekadar ini perkongsian saya pada hari ini. Jika ada pelbagai maklumat yang menarik yang saya terbaca atau terjumpa. Saya akan kongsikan dengan anda semua.

SEKIAN, TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment